Sultan Johor berkenan rasmi dan penamaan pangkalan TLDM JB

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru pada Rabu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Johor Bahru, di sini pada Rabu.

Baginda diiringi anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, pangkalan seluas 19.02 hektar yang terletak di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM, Bandar Baru Permas Jaya itu, menempatkan Pasukan Simpanan TLDM dan KD Sri Medini.

Sultan Johor turut berkenan menyaksikan gimik perasmian yang dilakukan oleh anggota Pasukan Khas Laut KD Panglima Hitam, sebelum menandatangani plak perasmian dan penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru.

Iklan

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Bernama

Iklan