Dua rakan rompak kedai runcit guna sabit dipenjara, sebat
Iklan
KUALA TERENGGANU - Dua rakan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga dekat sini, pada 13 September lepas.
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Syakir Azroy Md Rodi, 28, dan Mohd Azwan Harun, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.