Pemandu bot selamatkan wanita jatuh dari jambatan
Iklan
Sekumpulan pemandu bot berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu pada Selasa.
KOTA BHARU - Sekumpulan pemandu bot berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada Selasa.
Pemilik jeti, Muhamad Juhari Nayan, 52, berkata, semasa kejadian dia sedang berbual bersama beberapa rakan berhampiran lokasi kejadian sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan perkara tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya terus menghidupkan enjin bot dan menuju ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 meter dari jeti.
"Sebaik menghampirinya, rakan melemparkan pelampung ke arah mangsa yang kelihatan tenggelam timbul dalam sungai," katanya kepada pemberita.
Iklan
Menurut dia, sebaik sahaja berjaya menyelamatkan wanita itu mereka terus membawanya pulang ke jeti.
Ujarnya, wanita berusia lingkungan 30-an itu memberitahu dia tertekan dengan masalah rumah tangga dan bebanan hutang yang ditanggung ahli keluarganya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>