ATM sedia gerak aset depani banjir

Iklan
ATM bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya bagi berdepan bencana banjir di seluruh negara. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Noorrul Azril

CYBERJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya bagi berdepan bencana banjir di seluruh negara.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Noorrul Azril Ariffin berkata, setiap negeri dan formasi pihaknya mempunyai organisasi operasi banjir yang telah pun bersiap sedia sepanjang tahun.

Iklan
Iklan

"Maknanya, bila musim hujan sahaja, bila-bila masa aset dan keanggotaan akan digerakkan.

"Panglima Angkatan Tentera juga telah mengeluarkan arahan bahawa semua formasi dan perkhidmatan bersedia atur gerak banjir mulai sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 anjuran Universiti Teknologi Mara, di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, antara aset yang digerakkan ialah bot serta trak tujuh tan.

"Satu lagi perkara utama iaitu integrasi dengan agensi lain sebab kita tahu banjir bukan 'domain' ATM sahaja kerana kita akan kerjasama dengan domain lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan bomba.

Iklan

"Perkara itu sedang diselaraskan di peringkat negeri," ujarnya.

Mengulas mengenai lokasi hotspot, beliau berkata, Kelantan dan Terengganu namun tidak berdasarkan kes banjir yang berlaku di Selangor sebelum ini, ATM telah bersiap sedia.

Turut hadir di seminar terbabit ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara, Hamzah Ishak.