Lima 'orang tengah' minta rasuah direman 6 hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Lima lelaki yang bertindak sebagai 'orang tengah' meminta rasuah bagi selesaikan kes pemandu mabuk direman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman terhadap kesemua mereka berusia 24 hingga 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, selepas membenarkan permohonan SPRM Negeri Johor, pada Selasa.

Iklan
Iklan

Permohonan reman dibuat bagi siasatan dijalan dibawah seksyen 16(a) (B) Akta SPRM 2009.

Pada Isnin, SPRM Johor menahan lima suspek tersebut di pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 8 malam kerana dipercayai meminta rasuah berjumlah RM3,000

Iklan

Difahamkan, kesemua suspek bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan satu kes kesalahan di bawah seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Iklan