PRK Pelangai: Berkempen guna kata-kata kesat bukan amalan di Pahang
Iklan
Fadzli kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berkempen dengan menggunakan kata-kata kesat dan lucah. - Foto: Media Pahang
BENTONG - Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal kesal dengan tindakan berkempen menggunakan perkataan kesat dan lucah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Menurutnya, cara berkempen menggunakan perkataan kesat dan lucah bukanlah amalan serta budaya politik di Pahang selain dikhuatiri menjejaskan keamanan di kawasan dan negeri itu.
Iklan
Iklan
"Ini bukan budaya dan amalan di Pahang. Ini bukan cara kita di Pahang. Kita hidup dalam rukun, aman dan harmoni selama ini," katanya selepas melakukan lawatan ke gelanggang futsal dan liga sepakan penalti di padang Sekolah Kebangsaan (Shafie) di sini pada Ahad.
Fadzli berkata, beliau tidak mahu budaya seperti itu diikuti atau mempengaruhi masyarakat di sini khususnya anak-anak muda dan menggesa supaya berkempen secara sihat.
Iklan
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dong turut menggesa pihak luar yang datang berkempen di Pelangai untuk tidak melagakan masyarakat di kawasan ini.
"Jadi saya minta pihak luar, pemimpin-pemimpin luar yang datang berkempen di Pelangai sempena PRK ini janganlah mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu dan kata-kata kesat.
Iklan
"Janganlah menabur dan menanam kebencian kepada pemimpin-pemimpin kita...jangan melagakan masyarakat di Pelangai ini," tambahnya.
Sementara itu, Fadzli berkata, pendekatan untuk menambat hati pengundi bukannya dengan cara kurang sopan seperti menghasut, memaki-hamun dan kata-kata kesat.
"Sebab mereka-mereka ini akan pulang ke kawasan masing-masing selepas hari pengundian, maka apa jadi dengan masyarakat di sini?.
"Semua pihak diminta supaya menjaga keharmonian di dalam masyarakat dengan tidak membawa budaya politik sedemikian di negeri ini," jelasnya lagi.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.