PRK Pelangai: Pengundi Cina akan terus sokong calon BN
Iklan
Ka Siong - Foto Bernama
SHAH ALAM - Pengundi-pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai terutamanya kaum Cina diyakini akan terus beri sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cabaran yang didepani jentera MCA pada ketika ini adalah memastikan seramai mungkin pengundi keluar semasa hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai iaitu pada 7 Oktober.
Iklan
Iklan
"Saya yakin bahawa pengundi-pengundi di DUN Pelangai, khususnya kaum Cina, akan terus memberi sokongan kepada calon BN.
"Cabaran jentera MCA adalah mengeluarkan pengundi seramai yang mungkin pada hari pembuangan undi pada 7 Oktober nanti," katanya dalam siaran di Facebook pada Sabtu.
Iklan
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli akar umbi yang meluangkan masa untuk mengiringi calon BN di proses penamaan calon dan seterusnya Majlis Perasmian Bilik Gerakan MCA.
"Selepas selesai mengiringi calon BN ke penamaan calon bagi PRK) N36 DUN Pelangai pagi tadi, saya kemudiannya merasmikan Bilik Gerakan MCA bagi PRK DUN Pelangai agar seluruh jentera MCA Bahagian Bentong dapat menjalankan gerak kerja dan kempen untuk memenangkan calon nombor 3, Datuk Amizar Abu Adam," ujarnya.
Iklan
Ulasnya, turut hadir dalam perasmian tersebut termasuk Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Hoh Khai Mun; Pengerusi MCA Bentong, Datuk Kang Meng Fuat; Ketua Pemuda MCA Negeri Pahang, Wong Siew Mun; bekas Ketua Pemuda MCA Negeri Pahang, Wong Tze Shiang serta pemimpin-pemimpin MCA bahagian Bentong.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober, manakala 7 Oktober sebagai hari mengundi.
Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.