Perancis belasah Namibia 96-0

Iklan
Damian Penaud (kanan) melarikan bola ketika aksi Piala Dunia Kumpulan A menentang Namibia. - FOTO AFP

DAMIAN Penaud mencatat hatrik try ketika Perancis membelasah Namibia 96-0 dalam aksi Kumpulan A, Piala Dunia di Marseille pada Jumaat.

Namun, kemenangan besar itu terpaksa dibayar mahal selepas kapten mereka, Antoine Dupont mengalami kecederaan disyaki patah tulang pipi selepas dikasari pemain Namibia, Johan Deysel.

Iklan
Iklan

Dia hampir pasti akan terlepas perlawanan terakhir Kumpulan A, menentang Itali, dua minggu dari sekarang.

Perancis kini mengumpul 13 mata daripada tiga perlawanan kumpulan A mereka, tiga mata di hadapan Itali di tempat kedua yang menentang New Zealand di Lyon pada 29 September dan Perancis pada 6 Oktober.

Iklan

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke suku akhir.

"Positifnya ialah kemenangan, mata dijaringkan dan tiada bolos dalam perlawanan yang kami harungi ini," kata jurulatih, Fabien Galthie.

Iklan

Ditanya mengenai Dupont, Galthie berkata:"Kami akan menunggu imbasan dan sementara itu meraikan kemenangan yang indah ini," katanya.