Selangor juara rumah mampu milik, siap 40,000 unit sepenggal

Iklan
Simbolik penyerahan kunci oleh Amirudin (tengah) kepada penduduk Pangsapuri Seri Temenggung pada Jumaat.

GOMBAK - Selangor berjaya membina 40, 000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tambahan 45,000 unit rumah mampu milik bakal disiapkan penghujung tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan itu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengiktiraf Selangor sebagai juara dalam penyediaan dan penyiapan rumah mampu milik dalam negara.

"Pada hari ini projek tersebut yang sedang berkembang selain Dasar Selangorku 3.0 yang membenarkan unit satu dan dua bilik untuk golongan bujang akan menjadi pelengkap kepada keseluruhan projek," katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Seri Temenggung membabitkan 420 unit pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, susulan kejayaan tersebut, kerajaan negeri melonjakkan sasaran pembinaan sekurang-kurangnya 200,000 unit mampu disediakan pada penggal ini (2023-2028) dengan pendekatan yang dilaksanakan.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan terus meremajakan atau membangunkan bandar atau perumahan baharu.

Iklan

"Shah Alam, Ampang, Petaling dan Cheras mempunyai banyak kawasan perumahan yang dibangunkan pada 80-an 90-an dan perlu dibangunkan semula.

"Perubahan dasar di peringkat Persekutuan di perlukan. Ini adalah peluang terbaik hidupkan kawasan perumahan yang lebih berdaya saing dengan lebih banyak dengan fasiliti," katanya.

Amirudin berkata, beliau percaya pembinaan baharu dengan kemudahan serba moden mampu menaikkan kualiti kehidupan rakyat seperti seperti terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1).