Lima warga Indonesia seberang Sungai Golok ditahan

Iklan
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan lima PATI warganegara Indonesia yang masuk ke negara ini melalui Sungai Golok di Tanah Merah pada Khamis.

TANAH MERAH - Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang masuk ke negara ini menggunakan laluan yang tidak sah melalui Sungai Golok di sini pada Khamis.

Menurut Markas 2 Divisyen, penahanan kesemua PATI itu dilakukan pada jam 12 tengah malam berpandukan kepada maklumat risikan mendapati kesemua mereka menyeberangi sungai menggunakan perahu.

Iklan
Iklan

"Pihak kami turut merampas enam buah telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Indonesia, lima pasport, 25 bentuk cincin suasa dan satu utas gelang manik dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM7,730.14," katanya.

Markas 2 Divisyen memberitahu, kesemua PATI diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Ujarnya, pasukan itu sentiasa mengetatkan pengawalan dan akan terus memastikan keselamatan sempadan negara terpelihara.