Gantung tugas Radzi Jidin - Shamsul Iskandar
Iklan
Shamsul Iskandar
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman untuk menggantung tugas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin kerana berkelakuan biadab.
Pengerusinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Mesyuarat hari ini sebulat suara membidas tindakan biadab Mohd Radzi dan berpendirian bahawa beliau mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, Dewan Rakyat kecoh apabila Mohd Radzi bangkit meminta Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Anwar menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.
Iklan
Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, Mohd Radzi boleh membuat usul sekiranya tidak berpuas hati namun arahan YDP Dewan Rakyat telah tidak dihiraukan sehinggakan mengganggu sesi penggulungan.
"Adalah amat menjengkelkan apabila seorang bekas Menteri Kanan gagal menghayati prinsip Rukun Negara (Kesopanan dan Kesusilaan).
Iklan
"Tindakan biadab Mohd Radzi yang ditunjukkan kepada seluruh negara tidak wajar dibiar begitu sahaja,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>