Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada jam 4.30 petang ini.
"Terima kasih kepada semua ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan Insya-ALLAH saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini," katanya dalam catatan menerusi Facebook hari ini.