APMM Pulau Pinang tahan bot langgar syarat lesen
Iklan
Bot nelayan kelas C yang ditahan APMM.
BUKIT MERTAJAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan kelas C selepas didapati melanggar syarat sah lesen.
Pengarah APMM Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 8.9 batu nautika dari Timur Laut Pulau Betong pada jam 11.40 malam semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong lelaki warga Thailand berusia 38 tahun bersama tiga awak-awak lelaki iaitu seorang warga tempatan dan dua warga Thailand berusia dalam lingkungan 46 hingga 48 tahun berada di atas bot tersebut.
"Mereka ditahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat.
Iklan
"Bot berkenaan bersama dua gulung pukat tunda, dua buah papan tunda, ikan campur anggaran 100 kilogram (kg) dan ikan baja anggaran 100 kg ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Hamizan berkata, kesalahan melanggar syarat sah lesen merupakan isu utama di perairan Pulau Pinang dan pihaknya amat memandang serius masalah ini.
Iklan
Katanya, penangkapan ikan di luar zon boleh menjejaskan pendapatan nelayan pesisir pantai.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati komuniti maritim tempatan agar bekerjasama dengan pihak APMM dalam menyalurkan maklumat lengkap berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang terutama pencerobohan kawasan zon penangkapan ikan oleh bot pukat tunda.
"Orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146,” katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.