Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim
Iklan
Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Dakwaan pembangkang mula memainkan sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) meskipun kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan Pakatan Harapan (PH) takut dengan pengaruh Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu berkaitan terutamanya perkara membabitkan agama tidak boleh diperkatakan.
Iklan
Iklan
"PH sebenarnya bimbang pengaruh PN yang makin berkembang. Kena jelas apa yang boleh dan tidak boleh dibangkitkan. Bukan semua isu agama tidak boleh diperkatakan.
"Kalau orang Islam tidak boleh bincang agamanya, apa akan jadi dengan kejahilan ummah dalam Islam. Begitu juga isu bangsa bukan semua tidak boleh. Kalau orang Melayu, Cina atau India tidak boleh bincang nasib bangsa mereka sendiri, siapa yang akan perjuang nasib bangsanya?” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman bahawa sentimen Melayu dan agama sudah pun bermula sebelum kempen DUN Pelangai apabila pihak ‘sebelah sana’ bermain sentimen 3R.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>