'Kalau nak saya kosongkan kerusi, cermin diri dulu' - Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun menerima tekanan susulan tindakannya keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, tegas Syed Saddiq, pihak yang memberi tekanan itu perlu 'cermin diri' dahulu sebelum berkata demikian.

Iklan
Iklan

"Kalau nak saya kosongkan kerusi (Parlimen), cermin diri sendiri dahulu.

"Kalau mereka berani, pergi balik kepada rakyat, adakah mereka akan dipilih?

Iklan

"Kalau sebelum PRU mereka janjikan 'menang kita gugurkan kes', mereka akan dipilih atau tidak?" katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.

Syed Saddiq dalam pada itu turut memberi respons berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa kerajaan ketika ini adalah kerajaan 'walk the talk'.

Iklan

Sebaliknya, dakwa Syed Saddiq, kerajaan ketika ini tidak mengotakan janji kepada rakyat dan Ahli Parlimen pembangkang.

"Saya dengar kerajaan ini kerajaan 'walk the talk', terbukti kerajaan ini 'NATO, No Action Talk Only'... kata nak isytihar harta, dah lapan bulan tidak isytihar lagi.

"Nak berikan peruntukan yang adil, selepas beberapa bulan kosong ringgit.

"Kata nak lawan rasuah, tak nak gugurkan kes, masih berulang lagi, masih gugurkan juga," katanya lagi. - Awani