China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari
Iklan
BEIJING - China kini mempunyai lebih 200 juta basikal yang digunakan dalam usaha membantu negara ini untuk mengurangkan pelepasan karbon, kata Persatuan Basikal China sempena Hari Berbasikal Sedunia pada Ahad, lapor Xinhua.
Penduduk bandar China menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.