Tun Abdul Taib kembali ke Kuching

Iklan
Tun Abdul Taib bersama isteri, Toh Puan Ragad Taib Kurdi berlepas dari Istanbul awal pagi tadi dengan menaiki jet rasmi.- Foto fail Bernamal

KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud selamat tiba di tanah air sekitar jam 4.30 petang Sabtu.

Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Ragad Taib Kurdi berlepas dari Istanbul awal pagi tadi dengan menaiki jet rasmi.

Iklan
Iklan

Beliau sebelum ini bercuti di ibu negara Turkiye itu sejak dua bulan lalu, sebelum menjalani prosedur rawatan lanjutan kanser usus yang pernah dihidapinya. Sejak itu, sepanjang dua bulan, pemimpin yang berusia 87 tahun itu terpaksa berehat dan menjalani proses pemulihan.

Bagi meneruskan tugasan rasmi di dalam negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, telah memangku tugas sebagai TYT Sarawak, selama sebulan, bersandarkan Perlembagaan Negeri.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun belum ada kepastian bila beliau akan menyambung tugasnya. - Awani