Hadir sidang media Warisan, SB hanya jalankan tugas
Iklan
KUALA LUMPUR - Kehadiran anggota Cawangan Khas (SB) pada sidang akhbar Warisan di Sabah baru-baru ini, adalah prosedur biasa bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan sepanjang majlis berlangsung, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata pihaknya hanya menjalankan tugas dan tidak lebih daripada itu untuk memastikan sidang akhbar berkenaan berjalan lancar.