Agong zahir ucapan tahniah kepada Tharman
Iklan
Tangkap layar ucapan tahniah daripada Al-Sultan Abdullah kepada Tharman di Facebook Istana Negara pada Jumaat
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura kesembilan pada Khamis.
Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara serta rakyatnya.
Iklan
Iklan
"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura, sebagai dua negara berjiran yang mempunyai hubungan sejarah dan rakyat mendalam, terus bekerjasama meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama,” menurut hantaran itu.
Tharman memenangi pilihan raya Presiden dengan memperoleh 70.40 peratus iaitu kira-kira 2.5 juta undi pada 1 September.
Iklan
Dalam ucapan sulungnya sebagai ketua negara semalam, Tharman berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk mewakili Singapura dan mempromosikan kepentingan negara itu di luar negara selaras dengan objektif dan keutamaan kerajaan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>