Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden

Iklan
Insiden pembakaran al-Quran di Sweden mencetuskan kemarahan umat Islam. - AFP

MOSCOW - Anggota kumpulan al-Qaeda (yang diharamkan di Rusia) dilaporkan telah mengancam untuk menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan Sweden, menurut Sputnik.

Laporan Le Figaro pada Jumaat yang memetik kenyataan kumpulan itu mengatakan bahawa Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) mengumumkan rancangan itu dalam terbitan terbaru majalah Sada al-Malahim.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu Sweden antara negara Eropah yang telah memilih untuk mengetuai perang menentang Islam dan umatnya.

AQAP dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo pada 2015 di Paris.

Iklan

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin memberi amaran tentang peningkatan ancaman serangan pengganas di negara itu, yang dirancang di luar negara.

Beliau berkata, ia disebabkan kurang kehadiran tentera Perancis dan Amerika di Sahel, Levant dan Afghanistan dan serangan mungkin dilakukan sama seperti pada 2015. - Bernama-Sputnik

Iklan