Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank
Iklan
SHAH ALAM - Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) melaksanakan ujian rintis kutipan tol secara Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) di dua lebuh raya kendaliannya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong yang telah dikenal pasti dengan papan tanda khas pada gantri.