Chegu Bard dibebaskan pagi ini

Iklan
Badrul Hisham

SHAH ALAM - Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard dibebaskan jam 2.15 pagi tadi selepas diambil keterangan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah CikguBard dibebaskan pagi ini jam 2.15 selepas diambil keterangan.

"Jalan terus! Selamatkan Malaysia," ujarnya.

Iklan

Pada Khamis, Chegu Bard ditahan polis di hadapan Pejabat Agung Pas ketika beliau hendak hadir ke mesyuarat Himpunan Selamatkan Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, tangkapan dibuat berikutan keengganan beliau hadir untuk dirakam keterangan berhubung enam laporan terhadap dirinya.

Iklan

Sebelum ini, Chegu Bard memaklumkan, himpunan berkenaan yang akan diadakan pada 16 September akan diteruskan meskipun mendapat reaksi pelbagai pihak.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan penganjur himpunan tersebut sebagai tidak menghormati Hari Malaysia.