MCM serah 300 kerusi roda kepada hospital, PKD
Iklan
Zulkifli (duduk) bergambar bersama-sama Nazir Masjid Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Khalid Ibrahim (kanan) dan Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar (kiri) selepas Majlis Penyerahan Kerusi Roda di Masjid Hospital Sungai Buloh pada Khamis.
SHAH ALAM - Muslim Care Malaysia (MCM) menyerahkan sebanyak 300 kerusi roda dengan nilai RM100,000 untuk diagihkan masing-masing kepada lima hospital dan pusat kesihatan daerah (PKD) sekitar Lembah Klang.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan itu membuktikan keprihatinan MCM dalam melaksanakan kerja-kerja berbentuk kebajikan.
Iklan
Iklan
Malah, katanya, MCM bukanlah asing kepada beliau kerana pernah menyertai satu misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) itu bagi menyantuni pelarian Syria di Jordan, bersama Presiden MCM, Zulkifli Wahijan pada Oktober 2013.
"Peristiwa itu sudah 10 tahun berlalu dan ini bermakna sepanjang tempoh itu, MCM tidak pernah berhenti melakukan kerja-kerja kebajikan di dalam dan luar negara,
Iklan
malah sebenarnya lebih lama kerana saya difahamkan usia MCM sudah mencecah 18 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kerusi Roda di Masjid Hospital Sungai Buloh, di sini pada Khamis.
Iklan
Bagaimanapun, katanya, banyak cabaran yang dilalui MCM untuk terus istiqomah dan masih mampu bertahan untuk tempoh yang panjang.
"Saya yakin dan percaya, rahsia kepada kejayaan itu cuma satu iaitu semua pekerjaan dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH.
"Siapalah kita tanpa reda dan rahmat ALLAH kerana kudrat atau keupayaan kita sangat terbatas," tambah beliau.
Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan MCM terus istiqomah dan berada di landasan betul dalam melakukan kerja-kerja kebajikan serta dilindungi ALLAH daripada sebarang unsur atau anasir bertentangan dengan syariat Islam.
"Kepada pihak hospital dan pusat kesihatan daerah yang menerima sumbangan kerusi roda ini pula, saya berharap hargai dan tunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya.
"Pastikan setiap unit kerusi roda yang anda terima benar-benar dimanfaatkan oleh pihak yang memerlukan. Jaga kerusi roda ini dengan baik agar tidak terbiar dan disalahgunakan," jelas Zulkifli.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>