PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada jaguh skuasy negara, Kenneth Low yang dipercayai mengalami multiple sclerosis, penyakit kronik berkaitan dengan saraf.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Kenneth di Wangsa Maju, di Kuala Lumpur hari ini.