Lima lelaki cedera, lori terbabas langgar pokok

Iklan
Anggota bomba membantu menyelamatkan antara mangsa yang cedera dan tersepit dalam kejadian terbabit. - Foto: JBPM

RAUB - Lima lelaki cedera selepas lori tiga tan yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok dan terjatuh ke tebing sungai di Jalan RTP Klau dekat sini pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian terbabit pada jam 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lima anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Komander operasi melaporkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah lori di tempat kejadian.

Iklan

"Terdapat dua lelaki dewasa berada di dalam lori iaitu seorang daripadanya iaitu pemandu tersepit manakala tiga lelaki dewasa iaitu pekerja kontrak berada di bahagian belakang lori terbabit.

"Mereka yang cedera melibatkan sorang warga tempatan manakala empat lagi ialah warga Myanmar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, pasukan terlibat menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan membantu mangsa-mangsa lain.

"Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Raub untuk rawatan selanjutnya," katanya.