MELAKA - Empat warga asing yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang di sebuah kelab malam antara 20 individu yang ditahan dalam Op Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka di Melaka Raya, Banda Hilir, dekat sini pada malam Rabu.
Pengarahnya, Anirwan Fauziee Mohd Aini berkata, operasi pada jam 10.30 malam itu berjaya memberkas 15 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai penari dan pelayan pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan serendah RM200 hingga RM1,000 kepada pelanggan.