Lelaki kurang siuman ditemui maut

Iklan
Keadaan mayat yang ditemui di lokasi terlibat.

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditemui maut dalam kejadian yang berlaku di sebuah bangunan terbengkalai berhampiran Plaza Alam Sentral, Seksyen 14, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, menerusi siasatan dijalankan oleh anggota forensik mendapati tiada sebarang kesan luka atau kesan jenayah ditemui pada keadaan fizikal mayat mangsa berkenaan.

Iklan
Iklan

"Selain itu, polis mendapati siku tangan kiri mangsa berkemungkinan terkehel disebabkan jatuh sewaktu memanjat pagar zink di lokasi terlibat

"Malah, kesan darah berhampiran mayat juga adalah milik mangsa berkenaan yang berusia 49 tahun," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Baharudin berkata pihaknya percaya mangsa merupakan individu kurang siuman berdasarkan kepada satu laporan polis yang dibuat oleh abangnya pada Isnin lalu berhubung kehilangan lelaki terbabit.

Tambah beliau, buat masa ini polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Iklan

"Buat masa ini kes dibuka di bawah mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil post mortem lengkap," katanya.