Proton lancar pusat 3S baharu di Seremban

Iklan
Cawangan Setia Auto Drive terletak di lokasi strategik.

SETIA Auto Drive Sdn Bhd, cawangan pengedar 3S (jualan, servis dan alat ganti) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dibuka secara rasmi di Taman Perindustrian Galla baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Iklan
Iklan

Pengerusi Setia Auto Drive Sdn Bhd, Datuk Yap Kat Boon berkata, perkembangan Proton begitu memberi dorongan dan mengujakan apabila pengguna kini telah mengubah persepsi mereka terhadap jenama tersebut.

"Sebelum ini, jenama syarikat bukan pilihan utama pelanggan tetapi kini pendapat mereka telah berubah dan saya amat berpuas hati untuk menjadi sebahagian daripada jenama ini."Selain ia adalah kereta nasional, saya berbangga kerana model baharu Proton dapat memberi manfaat dan menambah baik kehidupan pelanggan melalui ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta teknologi terkini yang boleh didapati dalam setiap kereta Proton hari ini,” katanya.

Iklan

Cawangan Setia Auto Drive dibina dengan kos pelaburan hampir RM3 juta termasuk kos pengubahsuaian bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, ruang untuk mengecas komputer riba dan menunggu yang selesa.

Cawangan tersebut turut dilengkapi dengan enam petak penyelenggaraan, enam servis pengangkat, sembilan kakitangan jualan dan lapan kakitangan servis.

Iklan

Sehingga kini, Proton mempunyai 79 cawangan 3S/4S di seluruh negara untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman jualan dan servis yang optimum.