Berjaya Rail lantik Tunku Aminah sebagai pengerusi
Iklan
Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail
UNIT rel Berjaya Land Bhd, Berjaya Rail Sdn Bhd telah melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai pengerusi.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, kumpulan itu berkata, Tunku Aminah memegang 30 peratus kepentingan dalam Berjaya Rail yang mencerminkan kepercayaan yang teguh Tunku Aminah terhadap visi, strategi dan potensi syarikat.
Iklan
Iklan
Tunku Aminah membawa bersama pengalaman yang luas daripada peranan kepimpinan di pelbagai syarikat swasta, termasuk Berjaya Corp Bhd, Berjaya Assets Bhd, Berjaya Capital Bhd, Berjaya Hartanah Bhd, Bukit Kiara Resort Bhd dan REDtone Digital Bhd, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Berjaya Land dan ahli lembaga Berjaya Rail, Syed Ali Shahul Hameed berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Tunku Aminah bagi merealisasikan potensi Berjaya Rail untuk menilai semula bagaimana orang ramai melakukan perjalanan dan berhubung.
Iklan
Menurut makluman itu, Berjaya Rail terlibat dalam Permintaan Maklumat (RFI) MyHSR Corp untuk menggiatkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan komited untuk bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaannya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>