[VIDEO] Kerajaan tak tolak perlaksanaan semula GST
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, kerajaan akan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk fokus membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024.