Rumah Ngaji konvoi pujuk, rayu orang ramai dekati Quran

Iklan
Peserta konvoi yang tiba di Bachok berkumpul sebelum bertolak ke Pasir Puteh. (Gambar kecil: Adnan)

BACHOK - Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) memulakan konvoi menjelajah 10 daerah di negeri ini dalam usaha memujuk dan merayu orang ramai untuk menjalani hidup dengan berpaksikan al-Quran.

Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim berkata, usaha itu dilakukan berikutan peratusan mereka yang menjadikan al-Quran sebagai pegangan dalam kehidupan masih lagi rendah yang dijangkakan sekitar 70 peratus daripada keseluruhan rakyat Kelantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakyat perlu membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan untuk hidup yang lebih bahagia serta diberkati ALLAH SWT.

"Ada yang kenal al-Quran tetapi tidak membaca, baca tetapi tidak faham, malah lebih menyedihkan lagi faham tetapi tidak amalkan. Sebab itu, kita adakan konvoi untuk memujuk dan merayu orang ramai kembali kepada al-Quran bagi sebuah kehidupan yang lebih diberkati,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Konvoi Jelajah Pencinta al-Quran di Pantai Irama Bachok dekat sini pada Sabtu.

Iklan
Hadiah al-Quran diberikan Adnan (kanan) kepada seorang arkitek juga peserta konvoi, Mahaza Hamzah, 61, (kiri) kerana berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat.

Turut hadir, Profesor Madya Dr Azhar Muhammad yang juga Penasihat Rumah Ngaji Kelantan.

Dalam pada itu, Adnan berkata, konvoi siri pertama yang julung kali diadakan itu melibatkan 100 peserta terdiri daripada ahli dan bukan ahli PRNNK antaranya 37 penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Iklan

Ujarnya, program menjelajah bermula 9 September dari Kota Bharu ke Bachok seterusnya ke Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan akan berakhir di Kota Bharu pada 14 Oktober ini.

Adnan (dua dari kanan) dalam memberi penerangan tentang mukjizat al-Quran kepada peniaga, Mohd Nawawi Md Said, 42, (dua dari kiri) di Pantai Irama.

Adnan berkata, beliau menjangkakan program itu akan diteruskan pada masa datang dengan perancangan yang lebih baik melalui penanda aras daripada program pertama tersebut.

"Peserta jelajah akan ke kawasan tumpuan orang ramai seperti di pasar tani, pasar malam, pusat beli-belah dan pantai untuk memberikan syarahan ringkas dan penerangan berkaitan al-Quran selain turut akan menyampaikan bakul makanan.

"Turut diadakan kuiz kepada peserta dan orang ramai dengan hadiah senaskah al-Quran bagi memberi isyarat lebih jelas kepada mereka dalam menyampaikan mesej supaya lebih ramai membaca sertai mencintai al-Quran,” ujarnya.