Gempa bumi 7.0 skala Richter landa Maghribi
Iklan
RABAT - [DIKEMAS KINI] Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan (2211 GMT) Jumaat, menurut Kajian Geologi AS.
Pusat gempa dengan kedalaman 18.5 kilometer ditentukan pada 31.11 darjah utara dan 8.44 darjah barat, kira-kira 70 kilometer barat daya Marrakesh.