Tambang Feri Pulau Pinang

Iklan

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang mengenakan bayaran kepada penumpang berkuat kuasa hari ini pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 bagi sehala.

Tambang RM1 itu dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula tambang sebanyak RM2 dikenakan terhadap mereka.

Iklan
Iklan

Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal pula perlu membayar tambang sebanyak RM2.50. - Foto Bernama