Insentif rebat Rahmah pengamal media hanya bagi bayaran komitmen bulanan
Iklan
Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja - Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja, kata Jabatan Penerangan (Japen).
Japen dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, pemberian insentif di bawah Rebat Rahmah Pengamal Media itu ditawarkan kepada pengamal media yang mempunyai kad perakuan media Japen dan berstatus warganegara Malaysia sahaja.
Iklan
Iklan
"Pengamal media dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput atau tempoh sah laku kad perakuan media masing-masing untuk menerima insentif rebat tersebut," kata Japen.
Japen berkata, pemberian rebat itu juga tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications.
Iklan
Maklumat lanjut Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media boleh didapati melalui soalan lazim (FAQ) di pautan https://www.kkd.gov.my/awam/faq.
Insentif itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada 29 Ogos lepas. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>