Pelajar maut, remaja parah motosikal bertembung
Iklan
JASIN - Seorang pelajar tingkatan tiga maut, manakala seorang remaja lelaki cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Nyalas-Bukit Senggeh, di sini pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian pada jam 9.30 malam itu melibatkan motosikal DY 90 yang ditunggang S Shaarvin,15, dengan motosikal Yamaha Lagenda 110 yang ditunggang remaja berusia 16 tahun.