Pandangan di Pos Kala Mu

Iklan
Pandangan di perkampungan Orang Asli di Pos Kuala Mu.

Pos Kala Mu kini menjadi lokasi eko pelancongan di lembah Banjaran Titiwangsa yang menempatkan perkampungan Orang Asli dari suku temiar dan senoi.

Suasana perkampungan memberi aura yang agak berbeza terutamanya bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti mencabar selain mengelakkan diri dari kesibukan kota.

Kelihatan seorang penduduk memanaskan badan menggunakan kayu api ketika cuaca sejuk dan dingin.

Masyarakat Orang Asli melakukan aktiviti menangkap ikan di perkampungan Orang Asli di Pos Kuala Mu.

Terdapat beberapa buah kampung Orang Asli di sini iaitu Kampung kuala Mu, Kampung Bersah, Kampung Toh, kampung Gepeh Hilir dan Kampung Gepeh Hulu.