BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah menyita 46 motosikal dalam Ops Khas Motosikal yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Seberang Perai, pada Isnin.
Menurut kenyataan JPJ Pulau Pinang, sebanyak 715 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dan tidak mempamer pelekat P.