Rebung segar masih dapat sambutan, permintaan
Iklan
Mohd Noor menunjukkan rebung yang dijual di hadapan rumahnya di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah.
PASIR MAS - Tidak ramai generasi kini yang mengenali rebung segar malah ada yang tidak tahu cara masakan sesuai bagi menikmati keenakannya.
Bagaimanapun, pencari rebung, Mohd Noor Junoh, 48, meneruskan tradisi keluarga sejak zaman moyangnya dahulu yang memang menggemari tumbuhan daripada buluh itu.
Iklan
Iklan
Bapa kepada empat anak itu memberitahu, setiap hari dia akan ke Sungai Kelantan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, di sini kira-kira jam 7 pagi untuk mencari rebung muda sebelum menjualnya kepada pelanggan di hadapan rumahnya.
"Rebung ini diambil daripada pelbagai jenis buluh di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumah saya dan direndam dalam air bagi mengekalkan kesegarannya," katanya ketika ditemui pada Isnin.
Iklan
Katanya, rebung daripada buluh betong, buluh duri dan buluh kemang antara yang popular.
Rebung yang dipotong direndam dalam air bagi mengekalkan kesegarannya.
Iklan
Bagaimanapun katanya, rebung daripada buluh minyak lebih digemari terutama jika direbus dan dijadikan ulam bersama budu.
"Biasanya kesemua jenis rebung ini lebih enak dimasak lemak dengan campuran sayur lain dan dihidangkan bersama nasi serta lauk kampung lain," katanya.
Mohd Noor yang pernah bekerja di Shah Alam mula mencari rebung sejak tiga tahun lalu kerana masih terdapat permintaan untuk membeli rebung segar.
Jelasnya, generasi kini masih ada yang menggemari rebung tetapi tidak ramai yang mahu memasuki kawasan hutan atau tepi sungai untuk mencari hasil hutan itu.
"Sebenarnya tidak sukar untuk mencari rebung tetapi ada masanya saya perlu meredah belukar dan menebas pokok renek di sekeliling pokok buluh sebelum memotong rebung," katanya.
Tambah Mohd Noor, untuk mengenali jenis rebung biasanya berdasarkan fizikal dan warnanya.
"Contohnya, buluh duri berwarna kuning dan lebih gelap berbanding buluh betong," katanya.
Menurutnya, rebung dijual pada harga antara RM1 hingga RM17, namun boleh mencecah lebih tinggi bergantung kepada saiznya.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.