Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi negara
Iklan
Ahmad Shabery
MUAR - Rakyat Johor, khususnya pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai, perlu memastikan kemenangan berpihak kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan pentadbiran sedia ada sekali gus menguatkan lagi negeri itu sebagai barisan hadapan ekonomi Malaysia.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran gabungan itu sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Iklan
Iklan
"Ini negeri pintu masuk peluang pekerjaan, pintu masuk bawa modal luar datang. Kalau Johor senang, mata wang kita akan lebih kuat, kalau mata wang kuat barang-barang akan jadi lebih murah, rakyat makin sejahtera dan kita mahu tunjukkan politik kita stabil, sekarang sudah tak berantakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani PRK Simpang Jeram di Sungai Abong dekat sini malam Ahad yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PH bagi kerusi itu, Nazri Abdul Rahman.
Iklan
Justeru, Ahmad Shabery berkata, Johor tidak boleh dibiarkan ’goyang’ dengan usaha parti pembangkang yang kononnya mahu menakluki negeri itu sedangkan isu air di negeri berkaitan pun tidak dapat diselesaikan.
"Jangan benarkan parti yang bertapak kuat dari Kelantan ‘mengKelantankan’ negeri Johor, Johor mesti jadi contoh model masyarakat aman damai, semua kaum bersatu padu bangunkan Johor,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>