'UMNO dulunya tolak ideologi DAP, kini bersungguh pertahan' - Wan Ahmad Fayhsal
Iklan
Wan Ahmad Fayhsal - FOTO SINAR HARIAN / Rafeq Redzuan
SHAH ALAM - Timbalan ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang dahulunya menolak ideologi perjuangan DAP, namun bersungguh untuk mempertahankannya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan UMNO berbuat sedemikian adalah kerana mahu orang Melayu menerima parti yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng itu.
Iklan
Iklan
"Paling kelakar dan bersungguh untuk cuba mempertahankan kononnya DAP sudah berubah dan orang Melayu patut menerima parti itu adalah pemimpin yang paling awal melawan dan tegas terhadap ideologi ‘Malaysian Malaysia’ iaitu UMNO.
"Terima kasih DAP kerana anda tidak hipokrit seperti sesetengah pemimpin UMNO. Tidak pernah sekali pun parti ini berundur daripada soal prinsip dan ideologi perjuangan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan tiada keperluan untuk partinya menggugurkan slogan 'Malaysian Malaysia' seperti didesak sesetengah pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan DAP gugurkan slogan 'Malaysian Malaysia' - Anthony Loke
Menurutnya, prinsip itu juga telah dijelaskan dan dipersetujui secara bersama sebelum Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentuk sebelum ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, misi sebenar DAP bukanlah bermula sewaktu negara diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya ia dijadikan sebagai pelaburan awal dan pelaksanaan jangka panjang untuk menormalisasikan orang Melayu menerima parti itu.
Beliau memberitahu, ideologi tidak boleh dipaksa kerana ia sukar untuk dijual, namun tidak bagi watak dan sifat kerana orang Melayu dikenali dengan kelembutan jiwa.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, asas dan teras perjuangan DAP sama sekali tidak pernah berubah sebaliknya yang bertukar hanyalah pendekatan politik.
"Lihat apa yang sedang berlaku kini. Semua parti Melayu berada dalam kedudukan paling lemah dalam kerajaan Malaysia Madani. DAP sahaja kekal utuh malah bertambah kuat.
"Beringatlah jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Dahulu penjajah hadir sebagai pedagang tetapi lama-kelamaan setelah mereka meniup api permusuhan maka berpecahlah sekalian kepimpinan Melayu,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.