Sarawak tiada hasrat perkenal mata wang sendiri - Abang Johari

Iklan
Abang Johari Tun Openg - Foto Bernama.

SHAH ALAM - Kerajaan Sarawak ketika ini tidak berhasrat untuk memperkenalkan mata wang sendiri, sebaliknya kekal menggunakan ringgit.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian mendalam juga perlu dilaksanakan sebelum membuat sebarang ketetapan termasuklah cadangan untuk memperkenalkan mata wang negeri itu.

Iklan
Iklan

"Isu ini yang agak susah untuk diperjelaskan, saya tidak tahu mengenai pandangan Nanta (Datuk Seri Nanta Linggi).

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang membayangkan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya bukan pengkhianat, bayang Sarawak ada mata wang sendiri' - Nanta

Iklan

Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian ketika siaran podcast khas dengan Bual Studio dan Reka Sound untuk Merdeka dan Hari Malaysia bertajuk 'Dari Malaya ke Malaysia: 60 Tahun' yang disiar Sinar Daily pada Jumaat.

Ujarnya, ia antara langkah yang boleh dipertimbangkan jika ekonomi kurang memberangsangkan berterusan.

Iklan

Sementara itu, pada 2010 lalu, Kelantan melancarkan penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Pelancaran tersebut dibuat Menteri Besar Kelantan ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Langkah itu dibuat untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.