'Saya bukan pengkhianat, bayang Sarawak ada mata wang sendiri' - Nanta
Iklan
Alexander Nanta Linggi - Foto Bernama
SHAH ALAM - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membayangkan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.
Beliau berkata, ia antara langkah yang boleh dipertimbangkan jika ekonomi kurang memberangsangkan berterusan.
Iklan
Iklan
"Jika ekonomi Sarawak begitu baik namun ekonomi negara sebaliknya, mungkin negeri ini akan mempunyai mata wang sendiri.
"Saya berharap orang ramai tidak menggelarnya pengkhianat negara. Tetapi saya bercakap dengan serius. Jika kita begitu baik dalam membangunkan ekonomi, secara pengiraan ekonomi negara sepatutnya kukuh,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika siaran podcast khas dengan Bual Studio dan Reka Sound untuk Merdeka dan Hari Malaysia bertajuk 'Dari Malaya ke Malaysia: 60 Tahun'.
Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan bahawa pendapatan keseluruhan termasuk ekonomi Sarawak meningkat tetapi perlu menganalisis dengan lebih terperinci tahap kehidupan rakyat sebelum melaksanakannya.
Iklan
"Jika Sarawak lebih baik daripada yang lain, kenapa tidak (perkenalkan mata wang sendiri)? Ini yang saya cuba tekankan.
"Bagaimanapun, apabila meneliti pendapatan per kapita, ternyata masih terdapat kawasan di mana rakyat terus mengalami kemiskinan," ujarnya.
Dalam pada itu, Nanta juga menyatakan bahawa Sarawak diketuai oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan pemimpin yang kuat dan berkebolehan dalam melonjakkan ekonomi negeri itu ke tahap yang lebih tinggi.
Pada Julai, Abang Johari memaklumkan negeri kenyalang itu kini diiktiraf sebagai antara berpendapatan tinggi berdasarkan data terkini Bank Dunia.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, Sarawak kini sebuah negeri berpendapatan tinggi kerana pendapatan negara kasar (GNI) per kapitanya melebihi AS$13,205 (RM61,608).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>