Bekas pemimpin Pas, Bersatu bersama 200 ahli akan sertai Amanah - Aminolhuda
Iklan
JOHOR BAHRU - Dua orang bekas pemimpin utama Pas dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai Parti Amanah, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
Aminolhuda berkata, majlis penyerahan sebahagian borang keahlian Amanah oleh bekas Exco Kerajaan negeri Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama ahli-ahli mereka akan dilakukan di Sungai Abong, Muar, esok dan sebahagian lagi di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, di sini Ahad ini.