'DAP telah buat perubahan sangat besar' - Ahmad Maslan
Iklan
Ahmad Maslan
JOHOR BAHRU - Penyertaan DAP di dalam Kerajaan Perpaduan perlu diterima secara berlapang dada kerana parti itu membuat perubahan yang sangat besar dalam ideologi dan perjuangan parti berkenaan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, DAP komited mempertahankan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Deklarasi Shah Alam 2012 dan Deklarasi DAP@50 2016.
Iklan
Iklan
"Dalam kedua-dua deklarasi itu, mereka menyokong kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan; menyokong hak istimewa Melayu dan Bumiputera, menyokong kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu, serta menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
"Pada pandangan saya, itu adalah satu kenyataan yang betul yang mereka lakukan, sepertimana kita tahu ada perjanjian Kerajaan Perpaduan pada Disember lalu yg mana empat perkara itu termasuk dalam perjanjian itu," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.
Iklan
Ahmad Maslan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli MKT UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahu DAP untuk berubah menjadi parti yang sederhana supaya boleh terus disokong oleh masyarakat Cina dan pengundi Melayu.
Nur Jazlan dalam kenyataan di laman Facebook antara lain berkata, sekiranya benar DAP mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO, parti itu perlu berani membuat perubahan besar untuk mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Iklan
Dalam pada itu, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Ketua UMNO Johor berkata, DAP merupakan satu daripada Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada 19 parti di dalamnya.
"Kerajaan Perpaduan ini mencerminkan masyarakat pelbagai, kaum, agama dan etnik termasuk Sabah dan Sarawak di negara kita. Keadaan ini tidak berlaku kepada kumpulan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya kumpulan Kerajaan Perpaduan ini jelas melambangkan identiti kemajmukan rakyat Malaysia," katanya.
Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa orang Melayu akan terus menolak UMNO kerana bekerjasama dengan DAP, termasuk mendakwa prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu, kerana penolakan pengundi Melayu.
Pada 16 Disember lepas, lima gabungan parti politik utama, PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan yang stabil.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>