Sultan Johor hadiahkan pemandu teksi pakaian
Iklan
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiahkan dua set baju kepada 20 pemandu teksi bertuah di daerah ini.
Set baju berkenaan diserahkan secara peribadi di Istana Pasir Pelangi, di sini, semalam.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda berkenaan menghadiahkan pakaian berkenaan kerana pemandu teksi itu sering menyapa setiap kali baginda melewati Jalan Stulang Laut.
"Pada hari ini (semalam), saya memanggil mereka ke Istana Pasir Pelangi dan memberikan dua set pasangan baju setiap seorang.
"Mereka ini sentiasa melambai setiap kali saya melalui Jalan Stulang Laut,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office.
Titahnya, tindakan pemandu teksi itu adakalanya meredakan tekanan dan rasa sedih.
"Kadang-kala melihat senyuman serta lambaian mereka beramai-ramai hilang perasaan tekanan atau sedih,” titahnya.
Sementara itu, pemandu teksi berkenaan berkata, mereka tidak akan melupakan perkara tersebut kerana ia merupakan kenangan terindah di dalam hidup mereka.
Set pakaian disampaikan sendiri oleh Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>