ALOR GAJAH - Seorang guru mengalami kerugian RM37,750 akibat terpedaya dengan penipuan jualan tidak wujud melibatkan seekor kucing baka Munchkin di Facebook.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, wanita berusia 39 tahun yang tinggal di Alor Gajah itu pada mulanya tertarik dengan iklan jualan kucing baka berkenaan yang ditawarkan pada harga RM600 di platform media sosial itu pada 23 Ogos lepas.