Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris
Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Idris
SHAH ALAM - Pas membidas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru pengundi pilihan raya kecil (PRK) memainkan peranan bagi mengelakkan ‘kebanjiran’ wakil rakyat parti itu di negeri Johor.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kenyataan Ahmad Zahid seolah-olah bimbang bahawa keputusan PRK di Johor akan memperlihatkan prestasi sama seperti pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Sebagaimana PRN di enam negeri itu, kita tengok hampir enam peratus orang Melayu sokong Perikatan Nasional (PN). Sebab itu, dia bimbang dengan prestasi PRK di Johor. Memang menggerunkan mereka.
"Dia tahu, orang akan nampak UMNO bukan lagi tempat untuk Melayu berteduh.
Iklan
"Mungkin dia lebih rela orang PH terutama calon daripada Amanah, yang merupakan orang kuat menyokong DAP itu ‘membanjiri’ Johor berbanding Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Sabtu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mampu memainkan peranan bagi mengelakkan ‘kebanjiran’ wakil rakyat Pas di Johor.
Iklan
Ujar beliau, ia dapat dilaksanakan apabila pengundi di kedua-dua kawasan memainkan peranan masing-masing pada PRK kali ini.
Idris turut mempersoalkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang menyifatkan Pas umpama buluh runcing dan sentiasa bersedia untuk menikam dari belakang.
"Apa yang Pas tikam belakang UMNO? (Sebenarnya) Pas yang hulur tali perpaduan. Yang wujudkan perpecahan apabila UMNO sendiri tidak mahu duduk sekali dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas,” katanya.
Tambahnya, sokongan pengundi terutama dalam kalangan golongan muda ketika ini memperlihatkan perkembangan positif dan diyakini mampu membawa perubahan dalam PRK di Johor.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com