Kerajaan Perpaduan kombinasi terbaik untuk Johor - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI - Keserasian dan komitmen yang ditunjukkan kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan di Johor, dilihat sebagai kombinasi terbaik untuk mentadbir di negeri itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kombinasi terbaik itu harus diterjemahkan oleh kedua-dua jentera Pakatan Harapan dan BN, dengan mengukuhkan lagi kerjasama di semua peringkat khususnya di peringkat akar umbi.
Iklan
Iklan
"Keserasian ini kita telah dicapai di peringkat kepimpinan pusat dan negeri.. tapi di peringkat umbi mungkin ada sedikit masalah... jadi barisan pimpinan perlu turun padang dan perjelaskan kepada akar umbi tentang kedudukan kita.
"Saya amat yakin dengan penyatuan dan perpaduan antara PH dan BN yang ditunjukkan di Johor ini, ia akan memungkinkan kumpulan yang mempromosikan extremism dan juga ketaksuban, ditolak di negeri ini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada sesi perjumpaan bersama jentera Kerajaan Perpaduan bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di sini, pada Jumaat.
Majlis turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Johor.
Iklan
Katanya, walaupun prestasi BN pada pilihan raya negeri di enam negeri baru-baru ini memberi satu tamparan kepada BN khususnya UMNO, namun beliau optimis jentera BN akan terus bekerja keras demi kemenangan calon daripada Kerajaan Perpaduan.
"Jentera BN akan terus memberikan sokongan padu kepada calon yang bertanding di Pulai dan Simpang Jeram, sekali gus memperkukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan juga Persekutuan,” katanya.
PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi kedua-dua kerusi itu, manakala pengundian awal pada 5 September diikuti hari pengundian pada 9 September. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.