Harimau Muda enggan berputih mata
Iklan
SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Stadium Rayong Provincial, Thailand, esok.
Kapten Harimau Muda, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, semangat mereka ketika ini berada pada tahap tertinggi untuk memastikan sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa dalam kejohanan itu selepas tewas 1 - 4 oleh juara bertahan Vietnam, pada aksi separuh akhir, semalam.