Tujuh petugas SK Balar cemas pacuan empat roda terbalik
Iklan
Tujuh petugas SK Balar berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbalik berhampiran Kampung Tapai, Pos Balar, di sini pada Khamis. - Foto ihsan pembaca
GUA MUSANG - Tujuh petugas Sekolah Kebangsaan (SK) Balar berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbalik berhampiran Kampung Tapai, Pos Balar, di sini pada Khamis.
Guru Besar SK Balar, Mohd Hazlimi Mat Arriffen yang memandu berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan itu hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit yang licin akibat hujan.
Iklan
Iklan
"Saya membawa mereka semua keluar untuk pulang ke rumah masing-masing kerana semalam adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal ketiga dan tiada pengangkutan lain untuk mereka semua keluar.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tayar kenderaan telah memasuki ke dalam lurah akibat jalan yang licin dan menuruni bukit dengan perlahan-lahan dan terbalik,” katanya ketika dihubungi pemberita, pada Jumaat.
Iklan
Mohd Hazlimi yang ingin pulang ke Tanah Merah berkata, mereka mendapat bantuan daripada penduduk Orang Asli Kampung Tapai, Pos Balar sebelum kenderaan bantuan
"Kenderaan yang terbalik diangkat dengan bantuan dua buah kenderaan lain menggunakan teknik 'winch' dan kenderaan dapat dipandu kembali dan kami tiba di bandar Gua Musang pada petangnya.
Iklan
"Terima kasih kepada pihak kontraktor dan unit Vektor Klinik Kesihatan Gua Musang yang membantu kami dalam kejadian semalam," katanya.
Seorang daripada penumpang, Pembantu Prasekolah Zanariah Ibrahim, 27, berkata, beliau bersyukur kesemua mereka tidak mengalami kecederaan dan memaklumkan ia adalah kali pertama kejadian seumpama itu menimpanya sepanjang tujuh tahun berkhidmat di Pos Balar.
"Ketika menuruni jalan tersebut kenderaan bergerak turun sendiri dengan perlahan dan kami di dalam kenderaan telah bersedia dengan segala kemungkinan dan sudahpun berpaut terlebih dahulu.
"Syukur alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku ke atas kami melainkan sakit-sakit badan sahaja,” katanya yang mahu pulang ke Kesedar Paloh 2. - Bernama
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.